new skin

assalamualaikum, kawan-kawan

hey, korang semua apa khabar ?? notice something different with my blog ?? oh yes !!! saya tukar 'kulit' baru. bukan saya okay tapi blog saya. saya akhirnya memberanikan diri untuk menggunakan Blogskins. Blogskins ?! apa itu ?? entah lah .... huhuhu :3 saya tak tahu lah nak bagi tahu apa itu blogskins but saya rasa ramai yang dah tahu pasal nie. 

okay, korang nak blog korang cute-miut, cun-melecun, cool or gempak or apa-apa je lah ?? BUT korang malas nak edit blog or korang tak tahu macam mana nak edit supaya jadi apa yg korang inginkan. jangan risau or susah hati or sedih :) korang boleh dapatkan design yg korang nak dari SINI. semuanya ada. pasti akan buat korang rambang mata, tak tahu nak pilih mana satu. macam mana nak guna Blogskin ?? kena belajarlah kat mana-mana blog yg ajar tutor. hehehe ... okay saya suggest-kan satu blog pada korang. banyak tempat yg korang boleh belajar tapi saya bagi satu je lah pada korang. korang boleh 'berguru' dengan Kak Lina nie. 


okay, nak try tak ?? Good Luck, okay >_< oh sebelum tu, kalau nak guna Blogskins, korang kena sabar lah sikit sebab Blogskin nie menggunakan codes. kena sabar lah ya. saya pun baru try semalam. jadi blur plak saya nie sebab tak biasa main codes nie. but alhamdulillah now saya dah boleh lah sikit-sikit edit apa yg patut saya edit. so, GOOD LUCK.  jangan marah-marah. kalau dah fed up sangat, better korang balik semula pada design blog asal korang. hehehe 

okay lah sampai di sini je lah entri saya kali nie. saya nak mandi *ceh pecah rahsia tak mandi lagi*. lorh, I'm gonna on hiatus next week. E-X-A-M maaa !!! oh no !!! wish me luck >_<

Illiyyina, aku dah baca entri kau tu. hehehe :3 aku tak kesah pon kalau ada orang nak ambil bias aku sebab tak mungkin bias aku tu akan jadi real husband or boyfriend aku.

Hello Hello

assalamualaikum semua,

saya rasa pasti korang semua dah boleh agak dah bila saya akan update blog. macam biasalah. setiap hujung minggu lah. nak update time sekolah ?! jauh sama sekali lah. B-U-S-Y lahhhhh !!! huhuhu >_<
saya tak tahu nak letak tajuk apa untuk entri saya kali nie. so, saya just hentam je lah letak "Hello Hello". rasa macam tak ada kena-mengena dengan entri saya kali nie. apa-apa pon, biarkan lah. saya tak tahu lah sama ada ade ke orang yg baca blog saya nie ?? of course lah tak ada. saya just syok sendiri kat sini. anyway, biarkanlah. who's care, right ?!

hmmm, dah nak dekat hujung bulan Februari. saya yakin pasti korang tengah sibuk nak ulangkaji. yalah, biasanya bulan 3 lah adanya ujian untuk kali pertama bagi setiap tahun. huhuhu ... saya jealous betullah dengan korang yg exam lambat lagi nie. saya punya exam start 28 Feb nie. sedihnya !!! dah lah banyak tajuk nak kena belajar. tak tahu lah saya boleh buat ke tak. aduh, takutnya bila bayangkan time nak exam nanti. pasti blur-nya lah saya nanti. hish, saya tak boleh lah fikir pasal EXAM nie ?! 

okay, asal emo sangat saya nie ?! okaylah, sorry lah hari nie saya tak berapa nak 'okay' lah. mintak maaf lah ya. jangan lah marah-marah okay ?? saya nak share something dengan korang nie. semalam, saya bosan gila lah. tak tahu nak buat apa time tengah online. saya pon bukak lah you-tube. tetiba je fikir nak pergi tengok cerita "Fruits Basket". saya tak tahu lah korang pernah dengan ke tak cerita tu. nie cerita anime tau. saya pernah tengok cerita nie. time darjah 5 dulu. best gilerrrr. serius saya kata nie.


actually, sebelum saya minat K-POP nie, saya merupakan ANIME LOVER. memang obses betul lah. tak ada lah obses sangat but minat lah. dalam banyak-banyak karton anime nie, bagi saya "Fruits Basket" lah yg paling best. apa yg best sangat ?? hah, kalau nak tahu, kena lah pergi tengok kat You-tube. saya ingat lah, time tu saya darjah 5. saya suka sangat tengok cerita nie. time tu, disiarkan kat NTV7. memang setiap hari Ahad (kalau tak silap), saya akan pastikan saya orang first yg bukak tv tu. hehehe :) kena cop dulu. siapa yg bukak dulu, nasib ah. ada satu hari tu, saya sampai menangis-nangis tak nak tuisyen gara-gara nak tengok cerita tu. kebetulan, waktu saya tuisyen tu time tu lah cerita tu start, mana tak nangisnya saya nie ?? favourite tu. hehehe :3 bila fikir balik, malu plak. asallah aku nangis pasal cerita tu ?? hehehe luculah


sekarang, saya dah kurang lah tengok kartun anime nie. yalah, dah minat K-POP. hehehe. but "Fruits Basket" still no. 1 kartun anime yg paling best bagi saya. nie saya nak share-kan satu link. 


but yg nie episod akhir lah. saya suka part nie. best tau. nak menangis saya tengok .... pasti korang pelik, asal lah laki tu tetiba je bertukar jadi kucing lepas peluk perempuan tu kan ?? kalau nak tahu lebih lanjut, baca lah kat link nie. kalau korang rajin lah nak pergi baca. kalau tak, tengok je lah kat you-tube tu. okay lah, sampai di sini je lah entri saya nie. nanti kalau saya rasa bosan ke apa ke, saya post lah lagi entri. bye bye

posted by Anis Hayati 18/2/12

Birthday Girl

assalamualaikum semua,

HAPPY BIRTHDAY TO ME,
HAPPY BIRTHDAY TO ME,
HAPPY BIRTHDAY TO ANIS HAYATI,
HAPPY BIRTHDAY TO ME ....
hehehe :3 nyanyi lagu "Happy Birthday" untuk diri sendiri. yelah, tak ada siapa-siapa nak wish kat saya, jadi saya wish lah sendiri untuk diri saya nie. huhuhu >_< jangan salah faham. hari ini bukan birthday saya. jadi biler ?! SEMALAM maa .... 10 FEB. saya dah 'tua' dah. dah cukup 16 tahun. huhuhu. sedihnya T_T actually, hari nie birthday kawan sekelas saya, Adhwa' . birthday kita orang selang sehari je. best kan ?? saya ada juga kawan yg birthday sama dengan saya. seorang laki, seorang perempuan. seronok juga kalau ada orang yg birthday sama dengan kita. tak apa lah. saya yakin korang semua pasti ada "kembar" kan ?? jangan nak selindung lah. kalau tak ada, pasti ada punya lah. just korang tak kenal je >_<

okaylah, cukup lah saya membebel yg bukan-bukan hari nie. sorry lah kalau ada diantara korang yg terasa dengan kata-kata saya nie. mintak maap sangat-sangat. okay, saya rasa ramai yg ada sekolah ganti hari nie. betul kan ?! sama lah kita kat sini. tapi untunglah korang yg ada roadrun hari nie. tak payah belajar. huhuhu >_< jealous lah plak aku nie. okaylah, hari nie belajar sampai pukul 12.30 tengah hari. ikut jadual hari khamis. hari khamis balik pukul 2.20 ptg (untuk batch saya and form5 aliran KAA) tapi cikgu bagi balik awal. okaylah kan. hehehe >_< sukanya lah saya nie.


okay, macam biasalah ... sebelum saya update blog, saya akan pergi usha-usha blog orang. peh, jealous saya tau. blog dia orang semuanya kiut-miut. tak macam blog saya nie.tak boleh jadi nie !! saya pon nak cantikkan blog saya jugak. tapi lain kali lah sebab saya tengah malas lah edit nie. hehehe ... jangan marah lah. joking aje. tak boleh ke ??
okay lah, saya dah tak tahu nak kata apa. just nak ucapkan bebanyak terima kasih pada semua kawan-kawan yg wish kat saya, bagi hadiah and also cards yg comey-comey. also semua yg sudi baca entri saya nie (macam lah ada) and also semua yg tinggalkan mesej kat chatbox saya (siap buat promosi lagi). thanks sangat-sangat. HAVE A NICE DAY, FRIENDS !!!

p/s: homework banyak gileeeerrrr !!!! 
posted by Anis Hayati 11/2/12

Cuti Lagi

assalamualaikum, semua

saya yakin korang semua pasti tengah happy nie. berbunga-bunga. mana tak nya dapat cuti 4 hari. sabtu,ahad, isnin and selasa. for orang macam saya nie, dapat cuti sehari pon saya bersyukur sangat-sangat lah. sebab apa ?! sebab saya rasa lega sikit. ye lah, busy gila kat real life nie sampai tak dapat nak online. kalau dapat pon, tak sampai sejam lah. bila dapat cuti nie, lancar lah sikit nafas saya nie. hehehe :3

dah lama saya tak update blog lah. jealous saya bila baca entri adek-adek angkat saya, Jess and Lea and also Krys dapat jumpa Kaka Emma. ah cemburunya saya !!! tahniah lah saya ucapkan pada dia orang sebab berpeluang juga dapat jumpa Kak Emma. saya nie ?? saya duduk jauh. kat Shah Alam. Kak Emma duduk kat Kelantan (kalau tak silap) and adek-adek angkat saya tu kat Kedah. jangan tanya saya macam mana dia orang boleh jumpa. kalau nak tahu jugak, tunggu lah saya akan tanya dia orang nanti.


actually, saya tak tahu nak cakap apa lah. idea tiba-tiba dah hilang plak. hah, saya rasa pasti korang dah tengok filem "Ombak Rindu" kan ?! amacam, best tak ?? saya dengar ramai orang kata best. hmm, tak apa lah. saya dah tengok dah filem tu. komen saya ?! boleh lah tahan tapi malangnya saya tak boleh nak feeling cerita tu lah. 40% je. pasti korang semua pelik. orang lain tengok sampai menangis-nangis but me, 40% je ?? entah lah. disebabkan saya tak puas hati gara-gara saya tak rasa feeling tengok filem tu, saya pun minta tolong kawan saya belikan novelnya.

tengah dalam proses membaca lah nie :3 serius, feeling gila lah saya. huhuhu. sampai nak menangis. tak ada lah sampai meleleh air mata saya ie. just rasa macam sebak lah time part Hariz marahkan Izzah gara-gara Hariz fikir Izzah mengandung tu. serius saya boleh bayangkan. hehehe. memanglah saya boleh bayangkan sebab dah tengok filem tu. serius, memang beza jalan ceritanya. memanglah lebih kurang sama. tapi bagi saya baik baca novelnya sebab itulah jalan cerita yang asli punya.

okay lah saya tak mahulah membebel panjang-panjang kat sini. ada benda lain yg saya kena buat. carik makna perkataan. Bio punya kerja. okay, jumpa lagi. bye-bye

p/s : 10 Feb nie birthday saya ! jangan lupa wish tau and kalau boleh bagi hadiah pada saya :p (kidding je)


posted by Anis Hayati 4/2/12