Cute Cbox

assalamualaikum, semua

apa khabar ?? saya harap semuanya sihat-sihat ye :3. alah prihatin sungguh Cik Anis kita nie. huhuhu :) jangan marah ya, saya main-main je. okay, disebabkan cuti selama seminggu, maka wajiblah bagi saya untuk online setiap hari. kira qada' balik lah. hehehe. homework saya ?? baru diusik malam tadi. tu pon satu je yg saya siapkan. kerja tampal-menampal. hehehe. kena buat yg senang dulu. lepas tu baru susah punya. banyak lah !!!

okay, banyak benda saya nak promote kan nie. tadi sambil tunggu lagu sedang di-download-kan, saya pergi lah merajinkan diri singgah kat allkpop. dah lama tak baca. selama nie kalau pergi singgah pon just tengok-tengok macam tu je. saya happy sangat (agaknya lah). akhirnya, B2ST keluarkan lagu baru. even tak ada MV nya, just lagu je tapi tak apa lah. saya dah lama tak dengar khabar pasal B2ST. rindu sehhh ... okay, all B2UTY korang dengar lah lagu baru B2ST kat allkpop. nie link nya :


okay, balik pada tujuan saya. saya nak share something dengan korang semua. nampak kan pada picture chatbox saya ?? saya tahu chatbox saya tak cantik mana macam korang semua. tapi nie saya design sendiri tau. tak suruh orang lain or copy mana-mana tempat. okay for korang yg nak cantikkan chatbox korang tapi korang malas nak design chatbox korang, meh sini saya share-kan satu link dimana korang boleh gunakan tapi dengan syarat korang kena inform-kan lah kat tuan punya design tu.


tutorials tu saya dah tukar translation-nya kepada bahasa melayu. kalau korang tak paham (anak mat salih katakan), korang tukarkan lah kepada bahasa english. cute kan semua contoh-contoh chatbox tu ?? saya tahu. saya sendiri pon tak tahu nak pilih mana. and pasal tu lah yg ambil keputusan nak design sendiri lah gara-gara tak tahu nak pilih mana. (boleh plak)

design yg dia bagi tu saya rasa just untuk cbox user je. kalau shoutmix user, saya tak tahu lah. berminat ?? kalau korang nak try lah buat. korang tak tahu macam mana nak sign up ke cbox ?? boleh belajar dari sini :


okay, saya harap korang try-lah. tak nak try, tak apa. kalau tak paham, tanya tuan punya blog tu lah. saya tak tahu. hehehe. saya tahu korang semua pasti marah pada saya. dia yg suggest-kan tapi dia tak tahu nak buat macam mana. saya tahu pasti korang akan kata macam tu. kalau tak pon, seakan-akan prkataan tu pon korang akan kata. kalau tak pon, that's mean korang orang baik. hehehe :3

okay lah, saya nak undur diri nie. thanks so much sebab sudi baca (macam ada). thanks sangat-sangat and tak lupa juga thanks pada korang semua yg follow saya or visit blog saya or leave mesej kat blog saya. terima kasih sangat-sangat :D saya sayang korang semua (ikhlas nie tau)

posted by Anis Hayati 26/1/12

Rindu 2011

 
assalamualaikum, semua

First of all, saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina or Gong Xi Fa Cai kepada semua penganut agama Buddha. huhuhu >_< amacam, seronok kan dapat cuti seminggu ?! for orang macam saya nie, cuti seminggu nie dah kira best dah nie. sebab apa ?! nak online puas-puas ah. time sekolah tu tak sempat lah. kalau sempat pon sekejap je. hehehe :3 so, korang semua macam mana ?? hope semuanya sihat-sihat okay. alahai, sungguh prihatin betul Cik Anis nie. huhuhu ... dah start dah... 

saya sure korang semua pasti ada homework banyak an ?? sama lah kita. homework saya tu belum sentuh lagi daripada first day cuti tu. hehehe :)) actually saya baru je balik kampung. semalam baru sampai rumah. sekejap je balik. tapi at least balik lah. boleh hilangkan stress duduk kat KL nie. opss, saya dok kat Shah Alam lah, bukan KL. hehehe. 

okay saya dah puas membebel benda yg mengarut-ngarut dah. balik pada tujuan asal saya post entri nie. oh ya, nak tahu tak entri kali nie merupakan entri ke-100 saya tau. *ceh !! orang lain dah lama sampai ke-100* huhuhu .... banggalah saya. sebelum nie saya ada blog juga tapi dah delete. blog tu baru 90-lebih kot entrinya. hehehe ... okay2 ... nampaknya saya dah menjauh dah nie. patah balik ke Malaysia plak :)

okay, saya yakin result untuk SBP and MRSM dah keluar. pasti ada di antara korang yg dah dapat dah. TAHNIAH saya ucapkan. moga korang semua boleh sesuaikan diri kat sana. saya tak dapat. of course lah tak dapat sebab saya tak mohon mana-mana sekolah. kenapa ?? saya ada alasan saya sendiri. naik sekolah nanti, saya bakal berpisah dengan kawan-kawan saya. maybe kawan rapat, tak kot. kawan sekelas tahun lepas.saya dengar ramai juga yg dapat SBP. MRSM punya saya tak tahu lah. aduh, saya akan rindukan diorang semua even saya tak lah rapat sangat.


apa-apa pon, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. even kitorang semua dah tak sama kelas and maybe dah tak sama sekolah but kitorang still contact. kat FB lah. okay lah, saya tak mahu sedih-sedih kat sini. saya rasa sampai setakat nie je lah entri saya kali nie. saya dah hilang idea nak cerita apa lagi nie. okay, sayonara !

p/s : I miss RP World >_< 

posted by Anis Hayati 24/1/12

Hola !!

assalamualaikum, semua >_<

dah lama saya tak update blog lah. dah nak dekat seminggu kot. alah seminggu je pon. ye ye ye saya tahu lah. nampaknya saya cuma akan online waktu hujung minggu je or kalau waktu sekolah pon, tengoklah keadaan dulu. kalau saya ada homework banyak, saya tak on lah. kalau tak, on je lah (ikut kerajinan time tu). 

okay, disebabkan saya busy benar, saya sampai nak bukak blog saya nie, twitter saya lah. Facebook still bukak lah jugak. sekejap pon tak apa sebab FB sekarang dah bosan lah. tak benda nak buat kat situ. nak usha FB orang lain, saya nie jenis orang yg malas and for me tak kerja nak usha FB orang lain. baca status orang ?? bosan lah. tadi sempat lah juga saya pergi melayan baca pasal k-pop kat allkpop. hehehe >_< banyak juga berita pasal k-pop saya tak tahu tapi saya malas nak baca lah. tengok-tengok macam tu je. huhuhu :3 saya rasa korang pasti fed up dengan saya kan ? asyik malas je .... okay-okay. tapi jujur lah. saya memang macam tu. sekarang nie saya tengah rajin nak edit blog je. hah, perasan tak something different dengan blog saya ?? fine, saya tahu korang tak perasan. huhuhu ... touching lah plak. kononnya lah nak try guna Denim Template punya pasal, last-last tak jadi. sebab apa ?? sebab malas lah. ceh, tak ada lah. sebab saya rasa susah sikitlah gtuna Denim Template nie. banyak guna code tapi korang yg dah expert guna HTML Codes nie, saya rasa tak ada masalah lah kalau korang nak guna Denim Template tu.


so, korang apa citer ?! pasti tengah busy dengan homework kan ?? saya tahulah. saya po sama. homework betimbun-timbun kat meja tu tapi saya saje je mengelakkan mata daripada memandang ke arah buku-buku yg dah tinggi menggunung tu. aduh, susah juga masuk form 4 nie. saya nak ambil PMR balik !! ade tak sapa-sapa yg suka rela nak tukar dengan saya ?! sure tak ada orang nak. by the way, saya rasa masuk kelas aliran Sains Tulen nie best gak. saya rasa saya suka sama Bio and Fizik lah. Kimia tu ntah lah. Fizik tu saya rasa macam best je tapi disebabkan saya tak hafal formula nya, tu yg bila buat tu saya agak blur sikit. huhuhu >_<

okaylah, saya tak mahu membebel banyak-banyak kat sini. so, thanks so much for support me and also thanks sebab follow or leave message kat cbox saya tu. thanks so much. korang lah inspirasi hidup saya !! kot lah :3

p/: s saya dah jadi ahli baru lah. ko-ko tahun nie semua saya tukar. Kor Kadet Plos, Kelab Kemahiran Hidup and KKQ (Kelas Kemahiran Al-Quran). Bola Jaring. memang saya rasa saya dah 'gila' lah tahun nie. follow kawan je >_< tak patut.

posted by Anis Hayati 14/1/12

nakal betul

assalamualaikum, semua

ape khabar korang semua ?? macam mana sekolah ?? best tak ?? hehehe ... 3 hari sekolah saya rasa macam 3 tahun sekolah. nasib baik lah dapat gak uti 2 hari nie. lancar sikit nafas saya nie. biasalah kan. naik form 4 semua nya baru. nak tak nak saya kene belajar subjek yg saya tak suka. saya tak ada pilihan. ibu kata jadikan semua subjek yg saya belajar itu sebagai I-L-M-U . itu penting. bukan sebab kita minat ke tak. insyallah saya akan cuba. 

hehehe ... perasan tak something different dengan blog saya ?? saya rasa korang semua perasan kot. saya tengah belajar guna Denim Template. ape ke benda tu ?? entah lah saya pun tak tahu lah. but most of kita semua guna Simple Template sebab senang nak edit. saya belajar cantikkan blog nie semuanya dari blogs yg ajar tutorials. banyak tau. tak mampu saya nak senaraikan kat sini *ceh >_<* most of 'sifu-sifu' saya nie guna Denim Template. saya rasa macam best je. so, saya merajinkan diri carik kat Google. so, jumpa lah satu blog nie. boleh tahan juga blog nie. banyak tuto yg dia ajar. so korang berminat, boleh pergi kat sini :


saya pon baru jumpa tadi. oleh kerana syok sangat nak edit blog nie, saya pon sanggup carik satu-satu. jenoh tangan nie >_<. 


OMO !!! saya belum siap homework lagi. amboi, homework bertimbun-timbun sempat lagi dia nak online .... hehehe ... jangan amalkan okay ?? malam nanti saya buat. okaylah sedar tu je lah yg saya nak share-kan kat korang semua. jumpa lagi ...

p/s : saya nak sambung keje meng-edit blog nie >_<

posted by Anis Hayati 7/1/12

Welcome 2012

assalamualaikum, semua

maaf lah sebab dah lama tak post entri. actually, banyak benda saya nak share dengan korang semua tapi belum ada masa yg sesuai untuk saya bagi tau. first of all, saya nak ucapkan HAPPY NEW YEAR. saya tau hari nie dah masuk 4 Januari. tapi masih boleh lagikan saya nak wish ?! so macam mana semua ?? dah sedia nak tempoh 2012 ?? saya yakin ramai yg dah siap-sedia dah. tahun nie maybe for me, tahun yg paling mencabarlah. yalah, sekrang saya dah form4 bukan form 3 lagi. kadang-kadang tu saya rasa macam nak masuk form 3 balik. yalah subjek baru, dunia baru, semuanya barulah. risau nyer saya nie.

seperti yg semua orang tahu, bila naik form 4 kita akan ada aliran masing-masing and also setiap sekolah lain cara dia. saya ditempatkan kat aliran Sains. sedih betul >_< saya tak minat Sains masalah nya. apa saya minat ?? saya minat aliran yg orang lain tak minat. maybe korang dapat teka. truthfully, saya nak masuk aliran Sastera but tak boleh sebab pakej tu hanya untuk pelajar KAB (Kelas Aliran Biasa) je. alah senang citer untuk kelas yg bukan Arab. memandangkan saya still mahu teruskan Bahasa Arab, saya cuma ada 2 pilihan. Sains Tulen dan Perakaunan & Lukisan Kejuruteraan. saya memang nak ambil pakej Akaun tapi kalau saya ambil Akaun, saya kena ambil LK. aduh, saya dah lah lemah bab-bab lukis-lukis nie. so, nak tak nak saya pasrah je lah. Sains pon Sains lah.
ada juga kawan-kawan saya nak ambil Sains Tulen tapi dia dapat pakej Akaun & LK. saya pulak tak nak Sains Tulen. ish2.... entah lah. saya pikir balik, tak apalah. cuba je lah dulu. mana tahu bila dah belajar tu saya minat pulak pada Sains. tak mustahil kan ?? minat tu sentiasa berubah. saya kena pegang prinsip "Everything is Possible" Insyallah, doakan untuk saya ye >_<

lagi satu, masih ingat lagi tak entri saya sebelum nie ?? saya tahu korang semua tak ingat pon. saya ada kongsikan web untuk buat header transparent. saya dah jumpa dah web untuk download photoshop. sebelum nie saya suggest-kan kat korang semua try guna GIMP or Photoscape. kali nie kalau korang beria-ria sangat nak try guna Photoshop, korang boleh download dari laman web nie :

saya dah try. senang je nak download. mudah >_< try lah tak rugi. macam mana nak gunakan photoshop tu, korang kena rajin-rajinkan diri tu meng-Google. huhuhu :3

okaylah sampai setakat ini je lah entri saya kali. so, semoga kita semua dapat lalui tahun 2012 dengan baik. Aamin .... sayonara ^_^

posted by Anis Hayati 4/1/12
credit to Twinnie Ainul