24 December 2012

Tahun 2013

assalamualaikum, kawan-kawan

apa khabar ? harap semua sihat-sihat. so, macam mana ? dah ready nak sekolah ? saya yakin ramai dah ready nak sekolah. kan kan ?! hehehe. saya pula memang semangat betul. barang-barang sekolah dah beli. baju, tudung, beg, kasut sekolah dan lain-lain. semua dah beli. buku-buku pon dah beli. first day sekolah, semua bau kedai. hahaha. tapi pakaian saya tak bau kedai sebab dah basuh. hehehe. hmmm, tahun depan adalah tahun 2013 *memang pon!*. tahun yang amat saya takuti. sebab apa ?! saya form 5 tahun depan. memang seronok sebab jadi senior tapi yang tak seronok sebab SPM. tak seronok, tak seronok, tak seronok *ceh, tiru gaya ipin plak*

tahun depan .... hmmm, menakutkan betul. memang time cuti nie dah rancang dah lepas SPM nak buat apa. hahaha. SPM pon belum lepas lagi, dah berangan dah. aduh, sedarlah diri, Anis oiii. tahun depan, saya kena tuisyen. huhuhu. tak suka. pelikkan ? serius, saya memang tak suka tuisyen. tahun lepas pon saya ambil tuisyen arab je. tahun nie, saya tak ambil tuisyen. konon nak belajar sendiri lah. bajet pandai katakan. kan amik kau, gagal setiap exam. apa lagi kalau bukan add math plus fizik plus kimia. subjek yang paling saya tak suka. *actually kimia lah yang paling tak suka sebab banyak experiment nak kena hafal*. sedih betul tapi nak tak nak kenalah tusiyen saya tahun depan. huhuhu. 

okay, seterusnya *aik, cepat betul berubah emosi*. tahniah buat semua budak PMR and UPSR. belum terlambat lagi kan nak wish. hahaha. lambat update punya pasal, lambatlah wish. saya dengar sekolah saya 65 orang dapat straight A's. wah hebat. tahaniah ya :)) SMK 18 sentiasa HEBAT. hahaha. so, saya pernah bagi tau sebelum nie saya ada adik yang ambil UPSR dan PMR. nak tahu result dia orang ?? tak payah lah tahu. hehehe. malu plak nak cakap. haha. okay, yang UPSR tu dapat 4A 1B. yang PMR tu dapat 4A 3B 2C. hmm, jangan gelak ye. tak baik tau. PMR dan UPSR bukan penentu masa depan kita ye adik-adikku sayang. hehehe. so jangan give up ye. teruskan usaha. fighting!!!


tahun 2012 dah nak berakhir. azam saya untuk tahun depan adalah ... *jeng jeng jeng* ... saya tak tahu lagi lah. hehehe. tak adalah. main-main je. mestilah ada azam kan? saya nak belajar betul-betul *baru nak serius*. tak nak malas. kena lawan nafsu malas, nafsu tidur, nafsu makan, nafsu berangan dan nafsu online. hehehe. berubah ya Anis !!! SPM 2013 11A insyallah.

oh ya sebelum tu saya nak ucapkan tahniah buat KAk Irine. saya rasa korang semua mesti kenal Irine Nadia Marcello. baru-baru nie, saya terdetik nak pergi jenguk blog kak Irine. ye lah dah lama tak skodeng blog nie. so, hari tu saya pon skodeng lah. baru saya tahu kak irine dah kahwin. dah beberapa bulan yang lepas and now kak irne dah berbadan dua. wah, hebat lah. tahniah, Kak Irine. hehehe nampak sangat dah lama tak skodeng blog kak irine. bila saya dapat tahu kak irine dah kahwin, wow keinginan saya nak berkahwin muda semakin menebal. hahaha. sempat lagi berangan. SPM pon tak lepas lagi. memasak pon failed. ini ada hati nak kahwin awal ?! hehehe tapi tak salah kan kalau berangan nak kahwin awa ?! kak irine pon kahwin umur 20 tahun. hehehe. okay, ketepikan dulu perkara. fokus Aniss fokus. tahun kau nak SPM. kena buat betul-betul. jangan kecewakan ibu bapa kau. buat mereka bangga. *kata-kata semangat untuk diri*

saya nak kongsikan satu doa pada korang. saya rasa korang pasti akan gelakkan saya tapi tak apalah. saya nak share je dengan korang. doa nie lebih kepada jodoh lah. mak saya yang minta saya amalkan doa nie. doa nie juga diamalkan oleh Prof. Dr. Muhaya. 

Ya Allah, percepatkanlah jodohku dan mudah-mudahan jodohku dari kalangan orang yang beriman
lebih kurang macam tu lah doanya. so, korang nak amalkan, amalkan lah. saya hanya nak kongsikan perkara yang baik. hehehe. nampak sangat nak kahwin cepat. hahaha. jadi sampai setakat inilah entri saya untuk kali ini. maaflah sebab entri kali nie panjang sedikit. maklumlah dah lama tak update blog. sekali update, amek kau panjang terus. hahaha. thanks sebab baca. jaga diri baik-baik. assalamualaikum.

Pray for Gaza

24/12/12

06 November 2012

Jamuan Kelas 2012

assalamualaikum, semua

hai, kawan-kawan !!! apa khabar ?? saya kat sini sihat-sihat aje (tak ade siapa tanyalah >_<) oh, dah lama saya tak post entri. bulan lepas sekali je lah. itu pon saya post tutorial punya lah. korang dah tengok ?? faham tak ?? kalau tak faham, saya mintak maaflah ya. okay, first of all saya nak ucapkan GOOD LUCK buat semua SPM CANDIDATES 2012. maaflah sebab saya lambat wish kat korang. apa-apa pon, buat elok-elok ya. insyallah saya akan menyusul tahun depan. alamak !! tahun depan saya dah form 5 lah. nak SPM. serammmm ..... okay-okay, ini lah padahnya bila saya tengah ada mood nak update nie. merapu yang bukan-bukan.

okay, berbalik pada tajuk entri saya kali nie. hari nie saya nak share pasal jamuan kelas saya. jamuan kelas saya tahun nie diadakan kat Subang Parade pada 4 November 2012 yang lepas iaitu pada hari Ahad. actually, nie lah first time saya pergi Subang Parade. so, saya ke sana tumpang kereta kawan lah. apa ya saya nak cerita lagi ?? entah lah. tak ada benda pon saya nak ceritakan. tak apa lah saya share lah sedikit gambar yang saya ambil. 


okay ini lah salah satu menu makanan kami. oh lupa plak. jamuan nie kami buat kat Nando's. macam jamuan kelas saya tahun lepas lah. tapi itu Nando's kat SACC Mall. yang nie Nando's kat Subang Parade. hehehe. terliur ke ?? pergi lah beli sendiri. huhuhu >_<


ceh, gambar gelas pon nak ambil. hahaha :))


nie air yang kami minum. peh, saya dah terliur dah nie. huhuhu


nie hadiah yang saya dapat. patung tu saya dapat time cabutan bertuah. yang beg itu door gift. hehehe. happy saya dibuatnya.

okay, sorry lah sebab tak banyak gambar saya ambil sebab saya rasa malas nak ambil gambar. itu satu. satu lagi setiap kali nak ambil gambar pasti, ada je yang akan kata "senyum" or "pandang sini". hmmm, penat saya tau. so nak tak nak senyum je ah. tak perlu lah nak jadi artis sebab nie pon saya rasa dah macam artis dah. klik sana klik sini. flash sana flash sini. hahaha. macam artis kan. hehehe.

so, jamuan tu sekejap je. lepas habis tu apa lagi, buat aktiviti bebas ah. saya dengan kawan-kawan pergi tengok movie. cerita Silent Hill Revelation. cerita itu start lambat sikit. so, sementara tu kitorang pergi lah shopping jap. saya pergi MPH lah nak beli novel. lepas tu pergi kedai-kedai jap. window shopping katakan. dah jalan-jalan tu lapar lah pulak. pergi lah beli Big Apple. hmm, sedap :)) 

okay, saya balik rumah time nak dekat pukul 7 malam. nasib baik ibu ayah tak marah. hehehe. sebelum balik tu saya singgahlah Big Apple sekali lagi. nak beli untuk family lah plus nak bodek parents lah. hahaha. tak baik betul saya nie. hmm, itu lah cerita saya kali nie. maaf lah sebab tak banyak gambar yang saya share. so, keep reading my entries. huhuhu. bye-bye and happy holidays. 

6/11/12

02 October 2012

Tutorial

assalamualaikum, semua

hari ini saya rajin nak update blog. nie first time saya buat tutorials nie. actually, kawan saya yang mintak saya ajarkan macam mana nak guna blogskins. memang dia guna blogskins pon tapi saya yang editkan. so, kali nie dia nak try buat sendiri. nak ajar face to face, tak boleh sebab duduk jauh. dia duduk kat melaka and saya kat selangor. jauh kan ?? hehehe. tak ade lah jauh mana tapi faham-faham lah kan. so, buat kawan saya nie baca elok-elok eh. and for korang yang lain pon kalau nak belajar sekali, boleh aja. saya tak kesah.

1) pergi kat link ini. korang tengok-tengok lah dulu. pilih-pilih mana yang berkenan.

2) dah pilih dah ?? hah, scroll tetikus korang tu ke bawah. then, korang akan nampak kotak macam nie


3) korang tekan lah situ. kalau korang pengguna Google Chrome, dia akan keluar macam nie


4) korang tekan lah situ. untuk korang yang tak guna google chrome, nanti dia akan keluar tempat download and korang kena save kat notepad.

5) then, nanti akan keluar lah notepad nyer


6) lepas tu, pergi kat blog korang. dah log in ?? dah ?? tengok lah kat gambar nie memandangkan blog pon dah tukar skin baru kan. dah bukan "dashboard" tapi "blogger dashboard"

7) nampak ?? tekan kat "template" tu


8) nampak tak code banyak-banyak tu ?? korang delete kod-kod tu and then korang copy kod yang ade kat notepad yang korang dah download tu.

9) kemuadian, korang paste and save template.

10) nak tengok ?? tekan preview

apa macam ?? jadi tak ?? kalau tak jadi, mintak maap sangat-sangat. korang boleh search kat mana-mana untuk belajar. tutorials nie khas untuk kawan saya and also untuk korang-korang yang memang guna blogskins tapi korang mintak kawan buatkan or *fikir* ape-ape je lah. kalau tak faham, bagi tau saya tau. tinggalkan mesej korang kat ruangan komen atau chatbox saya. 

2/10/12

22 September 2012

3 in 1

assalamualaikum, semua

ape khabar, kawan-kawan ?? hehehe. kalau ikutkan hati, saya nak je sambung tidur nie. ngantuk kot. maklumlah sekolah ganti hari nie. kena lah pergi jugak. so, saya tak tahu lah dah berapa lama saya tak update blog. rasanya dah nak dekat sebulan kot. entah lah. hari ini, saya free plus rajin plus good mood. jadi saya pon mengrajinkan diri untuk update blog. so, ape cerita. adik perempuan saya tu dah tak sabar nak merdeka tu. UPSR dah selamat dah. tinggal PSRA je lah minggu depan. adik lelaki saya, bulan depan lah, PMR. saya pulak, exam akhir tahun sekali time budak PMR exam. sedih betul. saya belum ready lagi nie *memang tak pernah nak ready time exam*

oh ya, saya nak bagi tahu something nie. kucing saya, Meow dah selamat melahirkan anak . lebih kurang sebulan dah dia beranak. hehehe. hari nie baru nak bagi tahu. sorry okay :)) anak dia 5 ekor. 3 ekor, 3 warna and 2 ekor, hitam putih. gambarnya saya tak ambil lagi. lain kali lah saya akan tunjukkan kat korang semua. jangan bersedih, okay ?! hahaha

then, time-time exam nak dekat, sempat jugak saya baca novel. sekarang nie saya sedang berusaha untuk menghabiskan satu novel nie. novel nie memang TEBAL betul .... bagi saya lah. 


ini lah cover novel tu. penulisnya Fatimah Syarha Mohd Noordin. novel nie terbitan  PTS Litera Utama Sdn. Bhd.  harga novel nie, RM 31.00 (Sem. Malaysia) or RM 34.00 (Sabah/Sarawak). Jumlah muka surat, 874 m/s. tebal kan ?? bagi saya tebal lah sebab buat masa nie buku nie lah yang paling tebal saya pernah baca. novel nie pasal ... apa ya ?? saya pon tak tahu nak kata macam mana tau sebab novel nie Novel Tauhid. ia ada selitkan isu-isu poligami and ada selitkan nota-nota tambahan. best lah saya kata. banyak maklumat saya tahu terutama pasal poligami lah. menarik and tak rugi pon kalau korang beli. banyak ilmu yang boleh kita perolehi. oh ya, tajuk novel nie ialah Sebarkan Cinta-Mu. 

okay .... seterusnya, selain saya dok sibuk baca novel nie. saya pon sibuk baca komik kat internet. hehehe. untuk pengetahuan korang, saya asalnya minat kartun anime sebelum saya minat k-pop nie. memang minat giler lah. tapi tak ade lah obses sangat. tapi saya dah tinggalkan minat tu hampir 4 tahun lah sebab saya beralih minat kat k-pop lah plak. so, baru-baru nie saya ada beli majalah komik Kreko. entah tetiba saya terfikir nak beli pulak sebab dah lama tak baca. 4 tahun kot. bila dah baca, datang lah minat saya tu balik. dalam Kreko nie, komik yang paling saya suka baca adalah Code Breaker. saya memang suka baca cerita nie 4 tahun yang lepas.  sekarang nie dah episod berapa ratus entah. disebabkan saya tak boleh tahan nak tahu apa sambungan tu and episod-episod yang lepas-lepas tu, saya merajinkan diri baca kat internet, kat manga. and then even dia dallam bahasa inggeris, saya cuba memahamkan even ada certain tu saya tak faham. tak ape lah. minat punya pasal kan. 


nie lah komiknya. hehehe. so, saya dah cakap apa yang saya dah lama nak cakap. jadi, hope korang semua enjoy lah baca even saya tahu entri saya nie tak menarik pon. membosankan and annoying betul tapi nak buat macam mana kan ?? hehehe. so, have a good day and semoga hidup kita sentiasa diberkati oleh Allah. 

22/9/12 

pasti korang semua tahu kenapa entri saya bertajuk "3 in 1" kan ?! >_<

16 August 2012

Salam Raya

assalamualaikum, semua

hello, apa khabar korang semua ?? sihat tak ?? of course lah sihat kan. ye lah ahad nie dah raya dah. semangat nie. hahaha. saya ?? entah lah. saya pon keliru dengan perasaan saya nie. tapi saya rasa pasti ramai yang rasa seperti saya. setiap tahun saya akan rasa macam nie. rasa apa ?? macam nie, ramadhan semakin berakhir and raya semakin dekat. saya memang tak sabar nak raya tapi saya takut nak raya. bukan takut apa tapi rasa macam tak seronok lah nak raya. saya rasa pasti korang pon ada rasa macam tu juga kan. kalau tak ada rasa macam tu, saya tak tahu lah.

nak katakan ramadhan kali nie seronok, tak ada lah seronok sangat. biasa-biasa je lah. tapi for me lah maybe seronok lah kot sebab saya dapat tarawih penuh tahun nie kecuali first ramadhan and time saya dot dot dot lah. faham-faham sahaja lah ya :)) hahaha. seronok gak. saya suka bulan ramadhan sebab salah satunya solat tarawih. seronok oh solat tarawih ramai-ramai. semangat kott. hehehe. kalau raya, saya seronok maybe sebab dapat duit tapi kan makin membesar makin tak seronok nak raya. asal ?? dapat duit raya sikit je. tak seronoknya >_< tapi tak ape lah. asalkan dapat duit raya. tak perlu lah saya nak bagi duit raya kat orang. hahaha. dasar kedekut !!! hehehe

apa-apa pon masa akan tetap berlalu. hope allah izinkan saya untuk berjumpa dengan Ramadhan tahun depan. hope korang semua pon. hmmm, korang semua pasti dok sibuk packing-packing barang kan nak balik raya or maybe ada yang masih membeli-belah lagi. hehehe. saya bab-bab persediaan untuk raya rasanya dah cukup dah. just nak tengok tudung mana nak sesuai dengan baju saya. itu je tapi adik-adik saya and ayah saya belum cukup lagi. maybe hari nie dengan esok lah shopping time kitorang. hahaha. raya tahun nie macam biasa selalu balik last ramadhan. so maknanya saya balik sabtu nie. memang tiap-tiap tahun macam itu lah. kitorang boleh dikatakan family terakhir lah sampai kat kampung kalau balik raya. hahaha

so, setakat ini lah entri saya kali nie. harap korang semua okay lah baca entri saya nie. entah apa benda entah lah saya merapu-rapu kat sini. hehehe. so, sebelum saya akhiri entri saya ini, saya nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN
sorry lah kot kot saya ada terkasar bahasa or terbuat salah kat korang. harap dimaafkan. so, bergembira lah di hari raya tapi jangan sampai lupa diri :P huahuahua

16/8/12

tahniah buat sekolah yang dicintai, SMK 18 HEBAT kerana menjuarai pertandingan Boh Forest Friends :)) tahniah semua. 18 HEBAT !!!!

05 August 2012

Salam

assalamualaikum, semua

tak ada gambar lah plak entri saya kali nie. so, apa khabar ?? macam mana dengan puasa korang ?? okay tak ?? hope semuanya okay :)) sorry lah. dah lama plak tak update blog. rindu kott. saya just nak ucapkan

SELAMAT BERPUASA DAN MENJALANKAN IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN


still sempat lagi kan nak wish nie ?? hehehe ... lambat wish plak. so, baju raya dah beli ?? saya rasa pasti korang semua dah get ready dah. semuanya dah ada. hahaha. saya punya baju raya dah siap. sepasang je lah. tak kan nak lebih plak. raya sehari je actually. hehehe

saya kehilangan idea lah plak. tak tahu nak cakap apa lagi nie. so, setakat nie je lah. jumpa lagi and bye bye. sebelum tu, saya nak mintak maaf lah kat korang semua. kot kot saya ada terbuat salah sama ada sengaja or tak. sorry ek ....

p/s : saya rancang nak design blog saya nie balik. asyik sama jer. bosan plak tengok :p

5/8/12

14 July 2012

Anak kucing 3

assalamualaikum, semua

Anis Hayati kembali meng-update blog lagi. hehehe. gambar kat atas nie tak ada kena-mengena dengan entri saya kali nie ya :) saje je nak tayang nama nie. hikhikhik ... jangan marah, okay. kita kena senyum sebab senyum itu penawar. kalau selalu masam aje, nanti muka berkedut and nanti cepat tua. hehehe. anis melawak kali nie. saya tak tahu apa kes dengan saya nie. yang pasti saya mengagahkan diri saya untuk meng-update blog. so, kali nie saya nak tunaikan janji saya sebelum nie. saya rasa maybe korang tak ingat kot entri saya sebelum nie. saya ada cerita pasal anak-anak kucing saya. saya ada bagitahu juga yang anak kucing saya tinggal 3 ekor dari 8 ekor. so, hari nie saya nak bagitahu lah siapa 3 ekor yang tinggal tu. kalau korang nak baca entri saya sebelum nie, korang boleh klik sini

kucing saya yang tinggal 3 ekor je and seekor lagi mak kucing. 2 ekor anak angkat and seekor anak kucing saya lah, Meow tu. okay, gambarnya yang ini :

yang ini anak angkat. apa pasal ?? sebab ayah saya jumpa dia kat surau. namanya AJ. pelik kan ?! jangan tanya saya kenapa nama dia macam tu sebab bukan saya yang berikan. my mum :D saya suka sangat dengan kucing nie. memang lah kalau ikutkan dia tak comel mana tapi dia lah yang paling jinak. maksud saya, kalau bawa dia tidur, dia akan tidur sekali dengan kita. lena plak tu. bukan tidur pura-pura. hehehe. dia nie tak bising sangat. maybe sebab suaranya kecik and perlahan. tapi kalau pasal makan, dialah no. satu yang akan mintak. hehehe

yang nie AB. nie pon anak angkat jugak. mata dia nie biru tau. sorry lah tak nampak mata dia. tak macam lagi seekor tu, AJ. mata dia tak biru sangat. campur. biru plus coklat. entah-entah bapak diorang nie mat salih tak. hahaha. dia nie pon manja jugak tapi tak semanja AJ. mulutnya bising sangat. tapi comel lah suara dia. saya suka dengan dia mengiau. hehehe

yang nie bukan anak angkat lah. nie anak pada kucing saya lah. nie je lah satu-satu anak kucing saya Meow tu tinggal. yang lain dah bagi kat orang lah. namanya Belang Tangan. pelik memang pelik. saya pon tak tahu lah nak bagitahu macam mana kan. tapi hakikatnya itu lah yang kitorang panggil nama dia. muka dia nie comel and manja lah jugak. plus murai !!! asal ?! asyik mengiau je. elok lah sama macam mak dia tu. bising je. hehehe

so, itu lah yang saya nak tunjukkan. memang lah sedih sebab terpaksa bagi sebahagian daripada kucing saya kat orang lain tapi apakan daya. rumah saya nie kecik. tak sesuai untuk kucing-kucing nie membesar. nak tak nak redha je lah. hmmm, bosan kan ?? saya tak ada cerita yang best-best lah. oh ya, saya nak suggestkan satu blog nie. maybe korang dah tahu kot pasal blog nie. saya tahu pon lepas saya tengok cerita "Takdir" kat TV3 hari rabu lepas. ianya tentang seekor kucing yang bernama Hero. kucing nie istimewa tau. kedua-dua tangan dah dipotong oleh seorang yang tak ada hati perut langsung gara-gara kucing nie curi seekor ikan. kucing nie diambil and dijaga oleh pemilik blog nie. sedih saya tengok :((( nak menangis rasanya. kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang boleh pergi jenguk kat blog nie : Kakimotong Dot Com

okay lah sampai di sini saje entri saya kali nie. andai saya da cerita yang nak dikongsikan saya akan kongsikan. semoga kita berjumpa lagi. bye-bye

14/7/12

08 July 2012

Big Bang fever

assalamualaikum, semua

rindu sangat-sangat kat korang. dah lama saya tak update blog. bulan lepas, sekali je lah saya update. apa pasal ?! entah lah. saya rasa malas + penat + busy. hehehe. okay, hari ini saya kembali untuk update blog saya nie. dah berhabuk dah. hahaha. so, tau tak gambar group apa kat atas uh ?? BIG BANG ah !! aduh, saya sekarang tengah demam big bang nie. naik giler saya tau. hehehe saya belum gila lagi lah.

okay, saya tengah naik giler dengar lagu diorang nie. yang mana satu ?? yang "Blue" nie. saya suka sangat-sangat lah lagu nie. seribu kali suka sangat lah. tatabahasa tak betul :) actually, saya dah tau lama dah big bang release lagu nie tapi saya tak pergi dengar lagi. macam nie ceritanya, saya ada terdengar lagu nie kat radio Hot fm. saya dengar lagu nie. sedap lah jugak. boleh tahan. hampir setiap malam saya akan pasang radio kat henfon saya and berharap lagu ini akan keluar. waktu tu saya tak tahu plak tajuk lagu tu apa. so, dengar punya dengar, saya teringin sangat nak download lagu nie. 

saya pon carik lah lagu nie kat laman web Hot fm tapi tak jumpa. lepas tu saya try pergi search kat you-tube lah. saya main agak-agak je lah yang lagu tu Big Bang punya sebab saya kenal suara diorang lagi-lagi suara G-Dragon tu. saya taip lah and akhirnya saya jumpa gak. tak sangka lagu yang saya dok carik tu lagu Blue rupanya. ish2, so sekarang saya dok sibuk je dengar lagu nie. lagu yang ada kat blog saya sekarang nie lagu tu lah. sedap kan ?? kalau korang tak minat k-pop, memang korang akan kata tak sedap. hehehe ... anyway, saya tak kesah lah korang nak minat ke tak nak.

tak patut betul saya nie kan. ye lah kalau pasal lagu, sanggup saya berusaha carik lagu tu sampai dapat. bukan nak carik pasal ilmu ke apa. tak patut betul. jangan contohi saya ye :D hikhikhik

p/s : saya tengah bengang dengan SIM card saya nie. sabar je lah -.-

8/7/12

17 June 2012

anak kucing 2



assalamualaikum, semua

apa khabar ?? rasanya dah lama saya tak update blog. rindu plak. saya pon tak ingat kali terakhir saya update. hmmm, oh ya !! macam mana cuti korang semua ?? okay ?? mesti okay kan. so, korang pasti dah dapat paper kan ? amacam okay tak result korang ?? saya punya ?! tak usah katalah. terokkk gilerr lah. tak tahu lah macam mana saya nak bagi tahu parents saya nanti nie. tapi tak semua dah dapat. tinggal lagi 2 kertas je. okay lah, entri saya kali nie saya nak kongsi pasal kucing saya. sebelum nie saya ada update jgk tapi tu yang sebulan selepas kucing saya dilahirkan. kali nie saya nak share gambar-gambar kucing saya selepas 4 bulan dilahirkan. oh ya, nak lihat gambar kucing saya sebelum nie ?? tengok aje lah kat entri ini.

okay, macam nie biar saya perkenalkan kucing saya. kucing saya, Meow melahirkan 6 ekor anak kucing. hehehe. banyak kan ?? saya pon terkejut gak. anak kucing nie ada setengah tu ada nama and ada yang tak ada nama, just bagi gelaran nak bezakan diorang je sebab majoritinya warna putih. so, nak elakkan keliru, ade yang diberi gelaran. gelar-gelar, lama-lama dah jadi nama dia. so, jangan rasa pelik or terkejut lah baca nama anak kucing saya nie. yang penting, jangan gelak tau. hehehe

Hitam

Tompok

3 warna

Belang

Bujal (kucing nie special sikit. perasan tak something kat perut dia tu ??)

Belang tangan

itu yang anak-anak kucing saya. kucing saya yang asalnya 7 ekor (termasuk maknya) ditambah dengan 2 ekor apabila ayah saya bawa balik 2 ekor kucing yang dia jumpa kat surau.

AB

AJ

hah, ini lah anak kucing saya. 8 ekor semua sekali. saya tahu korang pasti tertanya-tanya kenapa namanya pelik sangat. jangan tanya saya lah. mak saya berikan nama tu. saya just ikut je lah sebab tak ada idea nak letak nama apa. comel kan ?? hehehe ... sorry lah sebab ada gambar yang tak berapa jelas sikit. kucing saya yang tinggal kat rumah saya sekarang nie tinggal 3 ekor je (tak termasuk maknya). apa pasal ?? hehehe. ada sebabnya. kucing yang mana satu yang tinggal ?? nanti saya akan bagi tahu lah. tunggu entri saya akan datang. okay lah. bye bye :))

17 Jun 2012

24 May 2012

Bebas

assalamualaikum, semua

hehehe ... saya tahu korang semua tengah happy-happy and enjoy sebab exam dah habis. betul kan ?? alah tak payah nak tipu lah. saya tahu. macam saya tahu ?? saya spy lah. kehkehkeh .... okay, abaikan  apa yang saya katakan tu. okay, alhamdullilah semalam saya selamat menjawab semua paper untuk exam kali nie dengan selamat. nak tulis "dengan jayanya", rasa ragu-ragu pulak sebab examnya gilerrrrrrr susah. tak terkatalah. entah apa benda entah saya jawab, saya pun tak tahu. usah tanya apa-apa pasal exam saya tu. susah gilaaa !!! yang 'agak' senang pun, exam PJK and PSK. pasti korang pelik asa lah subjek PJK and Sivik pun ada exam gak. entah lah saya pun tak tahu lah.

so, apa citer korang hah ?? macam mana exam ?? pasti senangkan ?? korang semua pandai-pandai. tak usah nak tipu lah. okay, tadi kat sekolah tak belajar langsung. semua guru sibuk tanda paper plus persediaan untuk hari guru esok. wow !! sebut pasal hari guru, saya tak sabar nak tunggu esok. aduh-aduh, tak sabaaarrrr nya !!! saya dengar citer, sambutan hari guru tahun nie temanya "Glitter & Glamor" .. saya yakin esok ramai cikgu yang pakai baju cantik-cantik and bling-bling nie. kena sediakan kaca mata hitam nie :3

okay, kita tunggu esok lah. insyallah nanti saya akan ceritakan pada korang semua. hmmm, sambung balik. kat kelas tadi memang tak belajar. cikgu pun sibuk tanda paper. tapi malangnya tadi jugak, cikgu bagi paper. adushhh, baru nak enjoy. dapat paper markah okay tak apa gak. nie, teruk betul >_< ish3, itu lah salah saya jugak sebab malas nak berusaha. study last minute. aduh, itu baru paper BM, MATH and BAT kertas 1 (bahasa arab tinggi). belum lagi paper lain. tak sanggup saya nak tengok. cuti dua minggu nie, enjoy habis-habis lah and buat persediaan dari segi mental and emosi. prepare untuk dapat result naik sekolah nanti. time cuti nie, enjoy dulu. ceh ceh ceh ... itu saya, korang semua jangan ikut. hahaha. contoh yang tidak baik.

kesimpulannya, ceh macam nak buat karangan plak. okay, saya nak ucapkan "SELAMAT BERCUTI" kepada korang semua even esok sekolah and belum cuti lagi. saje je nak wish awal-awal. jaga diri elok-elok. jangan buat kerja gila time cuti tu and buat homework kalau ada (saya ada homework jugak). lagi ?? itu je lah kot. banyak pulak saya nak pesan nie. nanti membebel plak korang ya. jadi, goddbye and take care.

24 May 2012

06 May 2012

Mid-year exam

assalamualaikum, all mid-year exam candidates

okay, saya tahu semua dok sibuk study, dok depan buku gara-gara exam pertengahan tahun nie. saya rasa most of korang start exam minggu nie. sama lah macam saya nie. exam saya start 8 Mei nie. aduh, sedih gila lah. nak tahu kenapa ? exam selama 3 minggu !! bapak lama. eh, bukan bukan. tak main lah bapak-bapak nie. gila lama lah. aduh, saya nak masuk form 3 balik lah. nak ambil PMR balik. ada siapa-siapa yang nak tukar form dengan saya ? confirm tak ada.

okay, saya sebenarnya tak tahu nak kata apa nie. saya merajinkan diri nak update blog hari nie sebab dah lama tak update blog. dah 3 minggu dah kalau tak silap saya. kalau ikutkan hati nak update time cuti 2 minggu nanti. tapi nafsu nie hah. saya tak dapat nak lawan lah -alasan je lebih- okay,  saya tak mahu membebel yang bukan-bukan. jujur saya kata, sunyi hidup saya tau tanpa Farah. Farah, aku rindu kat kau sangat-sangat nie !!! serius nie, gila sunyi lah. saya kena belajar lebih kuat tau. lagi-lagi subjek Chemistry. saya dah lah tak berapa suka dengan subjek nie. kalau Farah, dia suka lah. 

ish-ish, nak tak nak kena jugak fahamkan betul-betul. kalau tak, tak boleh jawab lah saya nanti. gagal nanti, sudahhhh ... saya tak mahu gagal kali nie. ada C pon ada apa lah. jangan gagal sudah. hmmm, nak kata apa lagi ek ?? okay lah itu je lah yang saya nak katakan. hehehe. sekadar nak luah kan perasaan je. nak cerita pasal k-pop, takut ramai yang tak suka. nanti semua dah tak mahu kawan dengan saya pulak. naya saya nanti. so, bye-bye and good luck for your exam.

6 May 2012

19 April 2012

M.A.K.A 2011

assalamualaikum, semua

yooooohooo, apa khabar semua ? rindu sama saya ?? hehehe. menyepi je sejak naik form 4 nie. busy punya pasal maa >_< tak dapat nak dielakkan. hehehe. okay kali nie saya merajinkan diri nak update blog saya nie yang dah 'berabuk' dah nie. semi-berhabuk kot :D huhuhu. dah mula dah merapu plak dia nie. hehehe. sorry okay ??

okay balik pada tajuk entri saya kali nie. M.A.K.A 2011 ??!! apa itu ?? perkataan lah sayang !! hehehe. gurau ya. jangan marah. M.A.K.A tu singkatan bagi Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik. ada faham ?? huhuhu ... dah lama dah M.A.K.A nie berlangsung. 14 hari bulan hari tu. hari sabtu lepas. ingatkan nak update lah lepas dah habis MAKA tu tapi malangnya ada sesuatu yang berlaku yang tak dapat dielakkan. apa dia ?? jeng jeng jeng rahsia lah !!

okay saya terlibat dengan MAKA nie untuk PMR tahun lepas. ceh ceh ceh ... dapat duit !!! happy dowh dapat duit. berapa ?? RM50. okay lah tu kan. dapat duit jugak. time MAKA nie best lah jugak sebab dapat jumpa dengan kawan-kawan lama especially yang dah pindah sekolah. ada kawan saya belajar kat kelantan lah penang lah sanggup datang. mestilah datang kan. nak jumpa geng. kalau hari-hari lain belum tentu boleh jumpa. tapi lah MAKA nie maybe hari yang sedih buat saya lah. why ?? kawan baik saya pindah sekolah. hari sabtu itu lah hari terakhir dia kat sekolah. sedih-sedih.

dia dapat tawaran pergi ke SMAP Kajang. panggilan ketiga. dia dengan kawan saya lagi seorang, Iffah. sedih lah jugak. entah kenapa bila panggilan ke-3 nie saya rasa agak sedih. padahal 2 oarang je yang pergi. waktu panggilan first and second tak ada lah rasa sedih sangat. sedih tu memang ada tapi tak ketara sangat. ah, maybe sebab Iffah and Farah tu boleh dikatakan orang yang rapat lah jugak dengan saya. itu yang rasa kehilangan tu.

hmmm, saya tak ambil banyak gambar pon time MAKA nie. sikit je lah. so, enjoy it and sorry lah kalau gambar tu gelap ke kabur ke. sorry ya :)


ini lah kawan saya a.k.a tablemate saya. Farah Adibah namanya.


yang pakai baju hijau itu Iffah. ex-classmate saya time form 2 and 3. sebelah tu, Amirah.


Intan Suraya and Jasmin. diorang nie dari form 1 sampai sekarang still kelas sama dengan saya. hehehe CLASSMATES FOREVER >_<


Syahirah  and Amirah


Syafiqah and Aida

okay itu lah beberapa gambar yang boleh saya tunjukkan. so sorry again if gambar nie tak jelas and gelap. so, setakat ini je lah entri saya kali nie. kalau saya ada apa-apa nak dikongsikan saya akan share pada korang semua. have a nice day !!

06 April 2012

BTOB

assalamualaikum, semua terutama kepada you all yg minat k-pop

hehehe. Anis Hayati kembali meng-update blog. actually, rasa macam malas nak update tapi nak jugak update. macam mana tu ? entah lah. saya pon tak tahu. hah hah hah. perasan tak pada gambar kat atas nie ? tak perasan ?? tipu lah. okay, kali nie saya dengan baik hatinya nak share pasal satu group baru nie. kalau tak minat, tak payah tahu lah. hehehe. saya tak tahu lah kenapa tapi sejak saya dengar lagu diorang nie, saya jadi macam 'gila' plak. bukan gila betul-betul tapi saya suka sangat-sangat lah lagu diorang nie.

lagu apa ?? Insane lah. kalau nak dengar, dengar aja pada lagu yang dah ada kat blog saya nie tapi kalau nak tengok video diorang pon boleh. Insane MV. tengok tau. hehehe. oh lupa plak saya nak perkenalkan group nie. nama group nie BTOB. apa benda tu ?? nama lah. hahaha. okay lah maksodnya "Born To Beat" kalau tak salah saya. kalau korang perhatikan muka-muka diorang nie macam ada iras-iras group B2ST kan ? kalau tak nampak, maknanya korang tak minat lah tu. hehehe. memanglah sebab group nie under Cube Entertainment. satu syarikat dengan B2ST, 4minute, A-pink, G-NA and apa-apa je lah. hehehe. tapi group nie ada 7 members. B2ST ada 6 members. 

okay, kat group nie saya minat Peniel. kenapa ?? entah lah. muka dia handsome lah jugak. ada iras-iras macam muka Dong Woon. hehehe.okay lah. itu aja entri saya untuk kali nie. by the way, jangan lupa tengok video terbaru B1A4, "Baby, I'm Sorry". hehehe. Have A nice Day, Friends

01 April 2012

anak kucing

assalamualaikum, semua

korang semua apa citer ? pasti rindu kat saya kan ?? hehehe, saya gurau aje. okay, saya tahu lah sebab saya dah lama tak update. so, hari nie saya decide lah nak update blog sebab kawan seorang nie kata saya dah lama tak update blog. actually, memang betul pon. hehehe. busy punya pasal. semalam, ada sekolah ganti. itu yang saya tak online blog tu. 

saya tukar cermin mata baru. semalam lah, actually memang patut pon saya tukar sebab kali terakhir saya buat cermin mata time form 2. power mesti dah naik kan. but saya lega sikit bila orang tu kata power saya tu *** ... hehehe. rahsialah ... teka-teka lah ye. nak tahu nape ? naik sikit je. tu yang saya tak cuak sangat. hehe. boleh plak. okay lah, saya tak mahu lari dari tajuk entri saya. seperti yang saya janjikan dulu, saya upload-kan gambar-gambar kucing saya nie. tapi saya upload sedikit je lah. kalau nak tengok lebih, kena lah tengok kat Facebook saya. so, enjoy !!

gambar nie time anak-anak kucing baru cukup seminggu >_<

my beloved cat, Meow

nie lah anak-anak kucing saya. sorry lah kalau tak nampak dengan jelas




okay korang. setakat nie je lah gambar yang saya boleh tunjukkan. saya tak boleh upload banyak-banyak. nanti lama plak loading kat blog saya nie. nak tengok lagi pergi lah kat Facebook saya. okay, bye and have a nice day

actually, ayah saya ada ambil 2 ekor kat surau kawasan rumah saya. tapi saya terlupa nak ambil gambar kucing tu. kucing tu kecil sikit daripada kucing saya nie :)) insyallah kalau saya berkesempatan, saya akan upload-kan untuk korang.

18 March 2012

Last Day

assalamualaikum, semua

see my new skin ?? i mean pada blog saya. okay, saya tak mahu membangga kat sini pasal blog saya sebab bukan saya yang design. saya ambil je codes orang tu and edit apa yang patut. so, we should puji pada orang yang design skin tu. hehehe. ceh, berceramah plak. mentang-mentang baru je balik dari mendengar ceramah kat surau. hehehe. kidding, okay :D saya tetiba je ada mood nak update blog. but saya tak tahu nak letak tajuk apa untuk entri saya kali nie. so, saya hentam je lah letak "Last Day". nie bukan lagu or cerita or apa-apa lah. "Last Day" nie maksudnya hari nie last cuti untuk bulan 3 nie. esok, dah kena sekolah. oh, tak sukanya saya. well, homework tak siap lagi. and rasa malas sangat nak buat. tapi cikgu nak lepas cuti nie. so, nak tak nak kena siapkan.

oh ya, saya asyik lupa je nak upload gambar kucing saya. memang nak upload tapi kameranya ada pada ayah saya sekarang nie. gambar tu ada dalam tu. so, lain kali je lah. anak-anak kucing tu dah buka mata dah and sekarang nie nak keluar plak dari kotak. tapi tak mampu lagi lah. just panjat-panjat cam tu je lah. mak kucing tu sentiasa mengawasi anak dia. memang lah. tugas sebagai mak kucing. sekarang nie, dia and anak-anak dia tinggal kat bawah katil saya. mula-mula tu, kat bilik adik saya tapi dia angkut anak dia gi kat bawah katil saya. mentang-menatang ada kotak kosong kat situ, dia letaknya kat situ. ah, memang nayalah malam-malam dia mintak nak keluar sebab saya tidur tutup pintu. huhuhu >_< sedihnya. 

tak apa lah. dia sayang saya. sebab itu dia letak anak dia kat bawah katil saya. ceh, perasan plak. huhuhu :)) okay, sampai setakat ini je lah entri saya kali nie. saya nak siapkan homework saya nie. nanti naya kena marah dengan cikgu gara-gara tak siap. okay, babai :D

saya nak pergi baca blog kawan saya nie. dia rajin plak buat cerita kat situ. bakal penulis lah nampaknya.

10 March 2012

Freedom Ke ?

assalamualaikum, semua

dah lama tak dengar cerita daripada korang semua. saya kat sini sihat-sihat aje. saya tahu pasti semuanya happy lah sebab cuti seminggu. hehehe :3 O-N-L-I-N-E habis-habisan lah ! entah lah saya tak tahu lah apa yang saya rasa sekarang nie. entah lah, entah and entah and entah. macam tak ada perasaan lah plak :D mula-mula tu happy lah gak sebab cuti seminggu. boleh rehatkan otak tapi bila cikgu bagi homework yang banyak untuk cuti nie, sedihnya hidup ini. aduh, punyalah banyak kerja yang cikgu bagi. penuh satu muka surat kertas kecil saya. hehehe ... ada lah dalam 10 kot homework. tapi nak buat macam mana kan ? cikgu tak mahu kita buang masa time cuti nie. jadi diorang bagi kita homework. okay, nak tak nak kena redha je lah and try siapkan homework tu.

eh, tahu tak hari Khamis lepas ada pertandingan Pidato Antarabangsa ?? saya sure ramai yang tak tahu nie. alah, yang orang luar negara berpidato dengan menggunakan bahasa melayu tu. oh, best gila. saya dapat pergi tengok secara live. bukan kat depan tv tu. best best ...cikgu buat rombongan ke sana. and bila cikgu tanya siapa yang nak pergi, apa lagi saya angkatlah tangan. hehehe. semangat betul lah. seronok tengok orang luar negara cakap bahasa kita. kelakar pon ada. yang paling kelakar bila dengar pemidato dari Jepun tu. kelakar dia cakap. tapi COMEYY. suka tengok dia sebab gaya dia macam shin chan or upin & ipin pon ada. hehehe. tapi dia tak menanglah. yang menang, pemidato dari Afghanistan (no. 1), Rusia (no. 2) and lagi satu tu saya tak ingat lah nama negara dia. negara kita pon menag untuk bahagian nusantara. johan sehh ... tahniah buat kakak Fathiah (tak tahu lah betul ke tak ejaannya) sebab mengharumkan nama negara.


lagi ?! saya tak tahu nak share apa lagi kat korang. banyak sangat sampai tak tahu lah mana satu nak ceritakan. hehehe. dah habis exam, suka betul tapi sedih bila dapat paper. tak mahu lah bagi tahu paper apa yang saya dapat. tak semua yang dapat. baru dapat 4 paper. yang lain tu cikgu bagi lepas cuti. okay, cuti nie kena get ready lah perasaan tu bila dapat result nanti. hope tak teruk sangat lah. hope dengan result nie saya akan terus berusaha untuk exam saya yang akan datang. amiin ....

saya tak tahu nak kata apa lah. okay lah sampai di sin dahulu entri saya kali nie. oh ya, maaf lah sebab tak dapat nak upload-kan gambar anak kucing saya. sorry, insyallah saya akan upload-kan pada entri lain plak. okay lah, saya minta diri dulu. Have a nice day :D