Sepet mati

assalamualaikum, semua !!

ini buat kali kedua saya update blog untuk hari nie. saya tak tahu lah kenapa saya nak juga update blog pada hari ini. seperti yg korang semua nampak pada entri saya kali nie. ya, kucing kesayangan saya dah mati. saya sedih sangat nie. tapi saya tak boleh nak menangis sebab saya tak mahu family saya nampak saya menangis. keras sungguh hati saya nie. melawak lah pulak budak perempuan nie. kucing saya mati hari nie. biar saya ceritakan pada korang kisah sebenarnya.

macam nie, kucing saya mengandung. maap sebab tak maklumkan perkara nie pada korang. sejak kebelakangan nie, dia asyik sakit-sakit jer. kalau tak silap saya 4 hari lepas, dia asyik ngiau-ngiau jer. mak saya kata maybe dia nak lahirkan anak kot. mak saya berikan kotak untuk dia berehat kat situ. saya tengok dia. saya nampak dia cuba keluarkan anak dia tapi tak boleh. lebih kurang seharian lah jugak dia duduk kat kotak tu. esoknya, dia dah okay dah. dia dah tak ngiau-ngiau dah. mak saya kat mungkin semalam tu macam ... contraction kot. dia rasa macam nak keluarkan anak tapi maybe belum masanya lagi.

then, hari selasa lepas perkara nie berulang lagi tapi kali nie lebih teruk. saya dapat rasakan yg dia menderita sangat-sangat. dia berusaha keluarkan anak dia tapi malangnya benda lain yg keluar. saya tak tahu lah apa nama benda tu tapi mak saya kata itu air ketumba kot. ah, saya tak reti nak eja macam mana lah. cuak lah kan tengok benda lain yg keluar. ayah saya pulak pikir yg bukan-bukan. mana tak bertambah cuaknya saya and mak saya. mak saya pon tanya lah nenek saya. nenek saya kat kucing yg pertama kali mengandung memang macam tu. dia akan keluarkan benda tu dulu. lepas tu baru anak dia. so, lega lah sikit hati nie. mak saya suruh saya bersih kan Sepet tu sebab dia asyik duduk kat pasir jer. so, pasir tu melekat lah kat bulu dia dengan darah-darah sekali. saya pon bersihkan lah. saya dah buangkan benda yg dia keluarkan tu tapi darah still melekat kat bulu dia.

semalam, mak saya ambil keputusan nak pergi klinik haiwan sebab mak saya tengok Sepet dah lemah. lemah sangat-sangat. macam dia dah pasrah apa yg akan berlaku, berlaku lah. kesian saya tengok dia. doktor haiwan tu kata Sepet memang dah nak lahirkan anak tetapi anaknya tersekat kat dalam tu. jadi doktor kata Sepet kena bedah kalau tak anak dia akan lemas kat dalam tu. bayangkan lah sedih kami dengar berita tu. SEPET KENA BEDAH !! saya rasa nak menangis pon ada. mak saya suruh doakan moga-moga Sepet selamat. waktu tu, saya tak pikir apa dah. bagi saya, biarlah anak Sepet mati. jangan Sepet sudah.

tetapi Allah lebih mengetahui .... Allah dah menentukan bahawa Sepet mati and anak-anaknya pon sekali mati jugak. kata doktor, hari selasa tu, dia terus bedah Sepet. dah buang dah anak-anak kat dalam tu. kata doktor, Sepet ada dua anak but anak tu tak cukup bulan. sebab tu dia mati. Sepet selamat semasa pembedahan tu tapi keesokannya, Sepet mati sebab dia tak dapat nak tahan kesakitan yg dia tanggung tu. huhuhu T_T kasihan Sepet. perjuangan yg suci.....

sekarang nie mak and ayah saya pergi klinik tu nak ambil bangkai Sepet. sedih betul. saya rasa macam saya nie bermimpi lah tapi hakikatnya perkara nie benar.jujur saya kata, Sepet merupakan kucing yg paling saya sayang berbanding kucing-kucing saya yg lain and saya tak akan jumpa lagi kucing yg punya perangai sama macam Sepet. tak akan sama sekali. nampaknya dah tak ada lagi Sepet yg akan kejut saya waktu subuh-subuh, yg akan masuk bilik saya and tidur kat bantal saya. dah tak ada lagi Sepet yg akan main kejar-kejar lagi dengan saya, gigit-gigit tangan saya. dah tak ada lagi Sepet yg akan .... cukup lah. saya dah tak mampu nak katakan apa lagi.

Comments

Most Viewed

Sambung Belajar

Selesai Divaksin

Memories of 2018