Sepet mati

assalamualaikum, semua !!

ini buat kali kedua saya update blog untuk hari nie. saya tak tahu lah kenapa saya nak juga update blog pada hari ini. seperti yg korang semua nampak pada entri saya kali nie. ya, kucing kesayangan saya dah mati. saya sedih sangat nie. tapi saya tak boleh nak menangis sebab saya tak mahu family saya nampak saya menangis. keras sungguh hati saya nie. melawak lah pulak budak perempuan nie. kucing saya mati hari nie. biar saya ceritakan pada korang kisah sebenarnya.

macam nie, kucing saya mengandung. maap sebab tak maklumkan perkara nie pada korang. sejak kebelakangan nie, dia asyik sakit-sakit jer. kalau tak silap saya 4 hari lepas, dia asyik ngiau-ngiau jer. mak saya kata maybe dia nak lahirkan anak kot. mak saya berikan kotak untuk dia berehat kat situ. saya tengok dia. saya nampak dia cuba keluarkan anak dia tapi tak boleh. lebih kurang seharian lah jugak dia duduk kat kotak tu. esoknya, dia dah okay dah. dia dah tak ngiau-ngiau dah. mak saya kat mungkin semalam tu macam ... contraction kot. dia rasa macam nak keluarkan anak tapi maybe belum masanya lagi.

then, hari selasa lepas perkara nie berulang lagi tapi kali nie lebih teruk. saya dapat rasakan yg dia menderita sangat-sangat. dia berusaha keluarkan anak dia tapi malangnya benda lain yg keluar. saya tak tahu lah apa nama benda tu tapi mak saya kata itu air ketumba kot. ah, saya tak reti nak eja macam mana lah. cuak lah kan tengok benda lain yg keluar. ayah saya pulak pikir yg bukan-bukan. mana tak bertambah cuaknya saya and mak saya. mak saya pon tanya lah nenek saya. nenek saya kat kucing yg pertama kali mengandung memang macam tu. dia akan keluarkan benda tu dulu. lepas tu baru anak dia. so, lega lah sikit hati nie. mak saya suruh saya bersih kan Sepet tu sebab dia asyik duduk kat pasir jer. so, pasir tu melekat lah kat bulu dia dengan darah-darah sekali. saya pon bersihkan lah. saya dah buangkan benda yg dia keluarkan tu tapi darah still melekat kat bulu dia.

semalam, mak saya ambil keputusan nak pergi klinik haiwan sebab mak saya tengok Sepet dah lemah. lemah sangat-sangat. macam dia dah pasrah apa yg akan berlaku, berlaku lah. kesian saya tengok dia. doktor haiwan tu kata Sepet memang dah nak lahirkan anak tetapi anaknya tersekat kat dalam tu. jadi doktor kata Sepet kena bedah kalau tak anak dia akan lemas kat dalam tu. bayangkan lah sedih kami dengar berita tu. SEPET KENA BEDAH !! saya rasa nak menangis pon ada. mak saya suruh doakan moga-moga Sepet selamat. waktu tu, saya tak pikir apa dah. bagi saya, biarlah anak Sepet mati. jangan Sepet sudah.

tetapi Allah lebih mengetahui .... Allah dah menentukan bahawa Sepet mati and anak-anaknya pon sekali mati jugak. kata doktor, hari selasa tu, dia terus bedah Sepet. dah buang dah anak-anak kat dalam tu. kata doktor, Sepet ada dua anak but anak tu tak cukup bulan. sebab tu dia mati. Sepet selamat semasa pembedahan tu tapi keesokannya, Sepet mati sebab dia tak dapat nak tahan kesakitan yg dia tanggung tu. huhuhu T_T kasihan Sepet. perjuangan yg suci.....

sekarang nie mak and ayah saya pergi klinik tu nak ambil bangkai Sepet. sedih betul. saya rasa macam saya nie bermimpi lah tapi hakikatnya perkara nie benar.jujur saya kata, Sepet merupakan kucing yg paling saya sayang berbanding kucing-kucing saya yg lain and saya tak akan jumpa lagi kucing yg punya perangai sama macam Sepet. tak akan sama sekali. nampaknya dah tak ada lagi Sepet yg akan kejut saya waktu subuh-subuh, yg akan masuk bilik saya and tidur kat bantal saya. dah tak ada lagi Sepet yg akan main kejar-kejar lagi dengan saya, gigit-gigit tangan saya. dah tak ada lagi Sepet yg akan .... cukup lah. saya dah tak mampu nak katakan apa lagi.

Jamuan PSS 2011

hello, guys

apa khabar ?! dah lama saya tak update blog saya lah. hari nie terdetik kat hati nie nak update blog. sebelum itu, saya nak ucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu. hehehe. okay, balik pada tajuk saya untuk entri saya kali nie. pada 22 Oktober yg lepas, saya telah menyertai jamuan PSS untuk tahun 2011. hehehe. ayat karangan lah pulak >_<. jamuan nie diadakan di Bangkok House atau lebih dikenali dengan nama De Palma Hotel kat Seksyen 19, Shah Alam. tiada apa yg ingin saya katakan tentang jamuan ini. just nak kata yg jamuan nie best and makanannya sedap-sedap belaka. heheh saya ada ambil gambar. hope you all enjoy lah dengan gambar yg tak seberapa nie. heheh and also jangan kritik okay ? diam jer :3

my best friend, Alina. hehehe

my adik kembar angkat, Farah Adilah. (actually kitorang kawan. saje je main-main kononnya kitorang nie kembar. heheh)

my friend, Keha. (attention, hadiah tu saya punya.>_< dia amik)


yes, saya dapat hadiah !!! hadiah cabutan bertuah je >_<

cupcakes !! yum yum .... nampak sedap kan ?!

okaylah itu lah serba sedikit gambar yg sempat saya upload. saya malas nak tunggu lama-lama semata-mata nak upload gambar. hehehe. hope you all enjoy and don't forget to comment this entry. (speaking lah pulak)

kaki novel

hello korang semua,

so, beginilah hidup bagi semua form 3 selepas PMR. yg perempuannya dok sibuk baca novl lah. yg laki pulak, baca komik or main game lah. biasa lah. bayangkan lah baru 2 hari habis PMR, kitorang dah bosan dah dok kat sekolah sebab cikgu bukannya masuk. kalau masuk pon, ajak gi bilik tayangan, tengok movie. hari nie kelas saya dah pergi bilik tayangan 2 kali dah. tak apalah. bersyukur lah. at least cikgu bawa gak kitorang gi bilik tayangan. kalo tak, merayau satu sekolah jawabnya.

okay, balik pada tajuk saya untuk entri saya kali nie. orang laki-laki selalu kata perempuan nie kaki novel. memang betul but tak semua perempuan kaki novel. ada jugak yg tak suka baca novel tapi buat masa nie saya belum jumpa lagilah girls yg tak suka gila novel nie. agaknya memang novel and perempuan nie tak boleh dipisahkan. saya sendiri mengaku saya pon suka baca novel but !!! (ada but tu) saya baca novel ikut mood lah. kalau mood saya okay, saya baca lah. kalau tak, buat lah apa yg patut. hahaha. ada sesetengah lelaki tak suka perempuan yg 'kaki novel'. nak tahu kenapa ?? tak payah tahulah sebab saya rasa korang semua dah tahu dah kot. hahaha. but di sini saya nak katakan bahawa perepuan yg 'kaki novel' nie selalunya dia seorang yg romantik. sebab kebanyakan novel yg dibaca adalah novel tentang cinta macam novel terbitan Alaf 21, Buku Prima, PTS and macam-macam lah.

saya nie bukan lah orang yg suka baca novel terbitan itu. saya suka novel terbitan PTS macam PTS O.N.E ke or PTS Fortune ke. saya nie jenis yg suka baca buku yg ada kaitan dengan sejarah lah. hahaha. pelik-pelik but itu lah hakikatnya. saya lebih cenderung membaca novel macam tu. ya lah selain kita baca novel tu untuk mengisi masa lapang, dalam masa yg sama kita boleh menambah ilmu pengetahuan (ceh :D) hehehe. tapi saya banyak baca novel bahasa melayu lah. bahasa inggeris nie kadang-kadang jer lah. ikut mood. hehehe

so, actually saya sendiri tak tahu nak taip apa lagi. just saja je nak kongsikan cerita yg saya sendiri rasakan tak berapa menarik untuk dibaca. just sekadar suka-suka jer. hehehe (hilang kata-kata) so, itu jer lah cerita saya. hehehe (tutup muka)

PMR is over

 

tamat saje paper Bahasa  Arab, maka tamatlah 'perjuangan' saya and rakan-rakan saya yg lain. hehehe. fine, saya tahu ramai yg dah 'merdeka' semalam. saya baru nak 'merdeka' hari nie gara-gara saya ambil paper Bahasa Arab. apa-apa pun, yg pasti ... PMR DAH ABIS !!! perasaan gembira nie meluap-luap lah. dah tak dapat nak dibendung. okay, tipu jer. tak ada lah happy sangat sebab bila PMR dah abis, kitorang semua masih belum 'merdeka' lagi sebab result belum keluar lagi. hanya sekadar 'merdeka' daripada jawab exam jer. ish !!! dah-dah, jangan nak berceramah kat sini pulak, Anis !!! hehehe...

paper last tadi abis pukul 10:40 pagi. bayangkan lah kitorang jawab paper tu selama 2 jam 30 minit. aih, saya jawab paper math kertas 2 yg 1 jam lebih tu pon dah tak reti duduk diam sebab sakit lah duduk kat kerusi lama-lama. but apa-apa pun demi paper bahasa arab tu, saya pon berjuang lah. harap-harap tak banyak salah lah. 

PMR kali nie saya rasa agak senang dari past year punya paper. sebab ?! sebab kebanyakan soalan yg ditarget tak masuk pon. but bahasa arab ada lah masuk bahagian karangan tu. nasib baik, saya ingat lah isi karangan tu. alahamdulillah, terima kasih ya allah !!!but serius saya kata, PMR tahun nie agak senang and bagi saya paper yg agak susah sikit Sejarah and KHB (Perdagangan & Keusahawanan) itu agak mencabar lah bagi saya. saya tak tahu lah kalau korang yg lain macam mana kan

abis exam jer, saya and kawan-kawan gi KFC. first time saya gi keluar makan dengan kawan-kawan. mula-mula tu, rasa kekok gak but dah lama-lama tu, okay jer lah. actually, mula-mula tu cadang nak gi makan sup utara tapai orang yg mencadangkan tu lambat keluar. so, kitorang gi lah dulu and singgah lah kat KFC. kalau korang nak tahu, ada aje batch kitorang makan untuk raikan but diorang semua gi MC Donald. kitorang jer yg gi KFC. sebab nampak sangat lah diorang gi MC Donald sebab kat tempat saya, MC Donald and KFC sebelah jer. hanya dipisahkan oleh sebatang jalan ajer. so, nampak lah. siap lambai-lambai lagi diorang kat seberang sana.

hahaha. hari yg menyeronokkan. esok, dah kena pulang buku teks. elok lah tu, abis PMR jer terus pulangkan buku teks. hahaha ... so, sampai setakat ini jer lah bebelan saya buat kali. jumpa lagi !!! buat semua form 3, mari lah kita bergembira selepas tamatnya perjuangan kita !!!

before PMR


Hello, girls and boys !!

korang semua apa khabar ?! pasti korang semua happy sebab cuti sempena PMR nie (terasa). huh !! lagi 2 hari nak PMR nie. cuak saya dibuatnya. saya takut plus berdebar plus happy nak abis PMR plus gemuruh plus (pikir) apa2 jer lah yg patut. saya takut saya tak boleh buat nanti. hey !!! Anis seorang yg kuat, sentiasa cool and dot dot dot .... saya pasti boleh buat. jangan risau, Anis !!!

hehehe >_< kata2 semangat untuk pergi 'berjuang' hari selasa nanti. so, korang (form 3) dah ready nak PMR ?? saya yakin korang semua dah ready awal lagi daripada saya, kan ??!! alah, diam tu maknanya betul >_< (emo gila saya nie). mintak maap lah ye. cuak punya pasal. untuk semua batch form 3, GOOD LUCK PMR NIE. BUAT YG TERBAIK AND SAMA2 LAH KITA BERDOA AGAR RESULT PMR NANTI STRAIGHT A's .... amiin....
so, saya dah tak tahu nak kata ape lagi. just nak mintak restu dari korang semua. tolong doakan kejayaan and also geng2 form 3 yg lain juga. doakan utk kami semua. sayang korang !!!