get ready for PMR

assalamualaikum semua,

dah lama saya tak update blog (ye ke ?) hahaha. actually saya nak update blog time hari selasa tu tapi blog saya tetiba je tak boleh bukak. i mean tak boleh nak sign in pon. ya allah, time tu punyalah cuak saya. macam-macam lah kata-kata and hasutan jahat meresap kat kepala otak saya nie. ada orang sabotaj saya lah. ada orang itulah, inilah. macam-macam lah. mana tak frust nya saya?!! kalau korang jadi saya time tu, apa korang rasa ?! pasti tension kan ?! tak tension pon ?? ah, sah-sah korang tipu. bila saya dah try banyak kali pon tak boleh-boleh jugak.frust saya dibuatnya. saya nie bukanlah orang yg jenis suka layan perasaan lama-lama nie. so, saya ngadu kat kawan baik saya nie. saya mintak dia tolong sign in kan untuk saya. mana tahu kat komputer dia boleh and komputer saya yg ada masalah. But harapan saya musnah (ceh!!) apabila dia kata dia pon tak boleh nak sign in jugak. nak tahu apa saya kata kat dia ?! saya kata "tak apelah. biarkan jer lah. nanti-nanti aku try balik". boleh pulak saya kata macam tu ?? hahaha. kawan saya pulak yg duduk cuak-cuak. hehehe.

then, hari nie saya try tapi tak boleh jugak. then saya try itu, try ini. saya pon buat keputusan nak tukar passwords. time saya nak taip new passwords, saya berdoa ... mudah-mudahan dengan cara ini blog saya boleh bukak. and finally .... blog saya boleh bukak!! alhamdulillah blog saya boleh bukak! terima kasih ya allah!!! gembiranya saya. hahaha but tak ada lah saya terloncat-lontak kat depan komputer. mak saya ada kat sini, so cover-cover lah perasaan happy nie. hehehe okay tamat 'drama' saya.

okay, memandangkan minggu nie dah start pecutan kat sekolah saya. so, saya sedikit busy lah. kadang-kadang itu sampai saya tak ada masa nak online. okay saya tipu. actually ada masa but saya nak kawal-kawal sikit nafsu saya yg sentiasa sangat nak menghadap komputer. hehehe. maklumlah, budak UPSR dah 'selamat' berjuang dah. sekarang giliran budak PMR pulak. hai, mana tak cuak nya saya ?? cuak tu cuak lah jugak but tak boleh cuak sangat. nanti boleh jadi gila tau. okay, saya sebenarnya dah hilang kata-kata. adik saya masuk rumah je, terus hilang segala ayat yg saya nak taip nie (tak guna adik saya tu >_<). jadi tiada apa yg saya mahu katakan lagi. just mahu ucapankan khas buat semua rakan-rakan sebaya saya yang akan menghadapi PMR bulan depan. saya dengan ikhlas hatinya ingin melafazkan

SELAMAT MAJU JAYA
&
GOOD LUCK

HOPE PMR INI KITA AKAN MENDAPAT STRAIGHT A's FOR OUR PMR
SEMOGA TUHAN MEMAKBULKAN DOA KITA SEMUA
AMIIN ...

sebelum saya mengundur diri, saya juga nak ucapan SELAMAT MENYAMBUT HARI 1 MALAYSIA. sayangilah negara kita yang tercinta ini !!!

No comments :